Kebanyakkan orang berpendapat cabaran peringkat remaja adalah yang paling mencabar dalam keseluruhan fasa kehidupan. Cabaran ini juga dirasakan oleh ibu bapa. Mengendalikan cabaran-cabaran ini boleh menjadi sumber stress kepada remaja dan ibu bapa. Tekanan yang ditanggung oleh ibu bapa mungkin kerana cabaran remaja adalah penentu arah masa depan remaja yang masih lagi panjang.
Apabila remaja tersilap langkah, ini mengakibatkan masa depannya tergadai. Di sini dapat dilihat kemahiran hidup serta nilai moral dan agama yang murni bertepatan dengan peringkat kematangannya perlu sudah sedia ada dalam dirinya bagi melindungi diri daripada terjerumus ke lembah hina dan sekali gus membantunya beralih ke fasa dewasa dengan jayanya.
dahulu, ini dilihat sebagai reaksi remaja menghadapi stress remaja, yang mana ianya dianggap masih lagi dalam batasan yang normal bagi seorang remaja. Banyak kajian ke atas remaja menunjukkan remaja-remaja normal tidak menunjukkan perubahan-perubahan emosi dan tingkah laku yang serius begini. Sekarang ia dilihat sebagai bukti kecelaruan mental atau identiti remaja. Inilah cabaran hidup peringkat remaja.
(sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Wanita oleh Hanizam Abd Ghani, Marhani Midin & Ruzana Zam Zam)
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan