Bagaimana untuk menjaga jeans anda? | Boros Di Aralom

Rabu, 21 Mac 2012

Bagaimana untuk menjaga jeans anda?

Suka pakai seluar jeans? mesti ramai antara kita yang memang 'in-love' dengan pemakaian pakaian-pakaian berasaskan jeans kan. Kenapa tidak, jeans sekarang ini sudah lama menjadi trend terutamanya di kalangan orang muda. Ada style katakan. 
Namun demikian, tidak ramai yang tahu bagaimana menjaga jeans dengan baik. Berikut merupakan cara atau panduan bagaimana menjaga jeans anda supaya lebih tahan lama:

1. Sebelum mencuci, terbalikkan seluar jeans anda bagi menjaga fabrik denim luarannya.

2. Letakkan serbuk atau cecair pencuci secukupnya ke dalam air sejuk sebelum merendam seluar jeans. Kemudian, cucilah seluar tersebut dengan tangan atau mesin pencuci pada suhu rendah.

3. Gantung jeans dengan cara mengepit di bahagian pinggangnya. Elakkan daripada menggantungnya pada kawasan yang terdedah dengan sinaran matahari secara terus kerana ia akan mengubah warnanya.

4. Pilih suhu rendah semasa hendak menggosok seluar.

5. Mencuci seluar jean terlalu kerap akan mengubah warna dan tahap elastiknya.

Demikianlah tips penjagaan seluar jeans yang boleh diprakktikkan oleh kita semua yang mempunyai pakaian jeans di rumah.

sumber: rapi

Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Tiada ulasan: