Bercakap di hadapan orang ramai atau membuat pembentangan dalam kelas atau pembentangan projek sememangnya membuat kebanyakkan orang itu merasa gementar. Perkara ini adalah biasa. Apa lagi bagi mereka yang baru pertama kali membentang. Namun sekiranya seseorang itu terlalu gementar dan sukar untuk mengawalnya, ia biasanya akan mengganggu focus diri dan seterusnya memberi kesan negative terhadap kualiti pembentangan. Di sini terdapat beberapa tips untuk membina keyakinan diri semasa pembentangan.
1. Pakaian yang sesuai. Pakailah pakaian yang menyelesakan anda serta sesuai dengan formaliti tajuk pembentangan anda.
2. Bahan pembentangan. Sediakan segala kelengkapan pembentangan anda. Adalah lebih juga jika anda membuat banyak kajian mengenai apa yang bakal anda bentangkan.
3. Sediakan versi bertulis pembentangan anda. Tapi jangan lah membacanya seperti membaca berita. Ia bertujuan untuk anda mengingat semula apa yang harus disampaikan sekiranya anda hilang focus.
4. Buat kontak mata ‘eye contact’ dengan audience yang memberikan maklumbalas positif sepert mengangguk dan tersenyum dengan pembentangan anda.
5. Pergerakan. Sentiasalah bergerak semasa membentang. Ini akan membantu anda lebih bertenang dan mengelakkan rasa kaku.
6. Aksi. Beraksilah dengan yakin semasa membentang. Dengan ini, perasaan yakin juga akan menyusul. Apabila anda yakin, audience juga akan memberikan respon positif dan seterusnya menambahkan lagi keyakinan anda.
7. Jangan kritik diri secara mental semasa menyampaikan pembentangan. Jika anda terlalu focus atau menggambarkan kesilapan yang dilakukan maka ianya akan menambahkan kegentaran anda. Fikir secara positif dan berikanlah pembentangan sebaik yang boleh. Jika nak kritik diri, kritiklah selepas pembentangan.
Sebenarnya semasa pembentangan, audience biasanya tidak akan menyedari bahawa anda sedang gementar bercakap di depan. Oleh itu, berusahalah untuk lebih relaks. Diharapkan agar anda mendapat manfaat melalui tips di atas dan tahu bagaimana membina keyakinan diri semasa memberi pembentangan.
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan