Manaikkan SEO (Search Engine Optimization) blog atau website adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan sekiranya inginkan pengunjung blog yang ramai. Semakin baik SEO, maka semakin tinggi ranking blog dalam enjin carian. Di sini terdapat beberapa teknik mudah menguatkan SEO dan meningkatkan trafik ke dalam blog atau website anda.
1. Langkah pertama yang paling mustahak ialah isi kandungan yang berkualiti. Ini adalah perkara paling asas. Seperti juga dalam entri Cara Tingkatkan Trafik ke blog dan website, perkara ini telah diterangkan. Sebagai tambahan, artikel yang berkualiti sekurang-kurangnya mempunyai bilangan perkataan sebanyak 300 hingga 500. Tapi jangan terlalu panjang kerana pembaca suka membaca artikel pendek yang ringkas tapi padat.
2. Ketumpatan kata kunci (keyword density) setiap artikel juga penting untuk meningkatkan SEO. Ini bermaksud berapa banyakkah kata kunci tersebut telah digunakan. Untuk hasil terbaik, ketumpatan hendaklah pada kadar 3% yang bermaksud 3 kali penggunaan kata kunci dalam artikel yang mempunyai jumlah 100 patah perkataan. Kata kunci penting untuk memberitahu enjin carian tentang apa yang anda tulis dalam artikel anda.
3. Langkah ketiga untuk meningkatkan SEO ialah dengan membina banyak backlinks ke laman web atau blog anda. Ini dilakukan dengan meletakkan blog anda ke laman-laman web yang mempunyai trafik tinggi. Semakin banyak backlink, maka ranking blog anda akan semakin tinggi. Semakin tinggi rangking, maka semakin mudah ia muncul di page pertama dalam enjin carian. Banyak cara untuk membina backlink seperti exchange link dengan blogger lain serta menghantar link blog ke laman direktori.
Demikianlah teknik mudah menguatkan SEO dan meningkatkan trafik ke dalam blog atau website anda. Selamat mencuba.
1 ulasan:
jika artikel itu sudah diterbitkan bagaimana?
Catat Ulasan