Prinsip asas untuk menarik pengunjung ke website anda ialah dengan menghasilkan content yang menarik. Berusahalah untuk menulis isi kandungan yang asli, menarik, bermaklumat serta menghiburkan. Apabila isi kandungan entri anda itu unik dan asli maka pengunjung akan stay lebih lama di website anda malah akan kembali mengunjunginya kelak. Berikut adalah beberapa cara mustahak yang perlu diambil perhatian sekiranya ingin meningkatkan trafik blog.
1. Isi penulisan yang baik. Semakin tinggi mutu artikel, video atau gambar yang anda sediakan, semakin banyak pengunjung yang mahu membaca serta meneroka blog anda. Fikirkan terlebih dahulu sama ada apa yang anda tulis itu adalah sesuatu yang perlu atau tidak untuk anda kongsikan.
2. Sertailah laman jaringan sosial online seperti twitter, facebook dan google buzz. Sentiasalah postkan link artikel anda ke dalam laman sosial setiap hari. Tapi jangan sampai melakukan spam.
3. Tulis artikel berdasarkan keywords. Apabila pengunjung menaip perkataan ke dalam enjin carian, maka laman web yang mengandugi perkataan yang ditaip tersebut akan muncul terlebih dahulu. Apabila anda menulis artikel, pertimbangkan apakah kata kunci (keywords) yang mungkin akan ditaip oleh pengunjung di enjin carian.
Cara tingkatkan trafik blog dengan mudah
4. Pergi ke Google Adwords Keyword Tool. Masukkan sepatah dua kata yang menerangkan artikel anda dan kemudian tekan "search". Tool ini akan membantu memberikan cadangan kepada anda berdasarkan kepada kadar jumlah carian melalui keyword yang digunakan. Tool ini biasa digunakan mereka yang menggunakan Adwords untuk mengiklan laman web, produk atau perkhidmatan.
5. Seterusnya, pilih kombinasi kata kunci daripada senarai yang menerangkan tentang artikel anda. Disarankan agar anda memilih keyword yang mempunyai persaingan rendah atau sederhana daripada para pengiklan dan pada masa yang sama mempunyai jumlah carian tertinggi.
6. Gunakan kombinasi kata kunci tersebut pada tajuk laman web atau tajuk utama artikel anda. Letakkan juga kombinasi keyword tersebut sebanyak dua atau tiga kali di dalam artikel. Letakkan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran artikel.
7. Link kan artikel anda ke artikel lain dalam blog anda yang berkaitan dengan keyword tersebut. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti "KLIK SINI" dan letakkan keyword artikel sebagai link yang boleh diklik.
Diharapkan agar tips Cara tingkatkan trafik blog dengan mudah ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutama kepada mereka yang masih baru buat blog atau website.
Mungkin anda juga berminat untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan trafik melalui facebook secara mendalam. Ebook Rahsia merampas trafik percuma dari FACEBOOK ini mempunyai butiran yang lebih jelas, mudah difahami dan terbukti berkesan.
2 ulasan:
nice info ;)
info yg sgt berguna
Catat Ulasan