Hamburg Man-dergarten
Dengan hanya membayar sebanyak $11.80, seorang wanita atau isteri boleh meniggalkan suaminya di dalam sebuah 'taska' lelaki yang terdapat di Noxbar, Hamburg, Jerman. Ini membantu wanita-wanita ini untuk bershoping dengan tenang tanpa mendengar rungutan pasangan yang tidak suka bershoping. Lelaki-lelaki tersebut akan diberikan lencana, hidangan istimewa, bir, televisyen, dan permainan-permainan lain. Terdapat dua orang 'pengasuh' yang bertugas dalam bar itu. Permintaan sangat tinggi pada minggu pertama pelancarannya di mana tidak kurang daripada 27 wanita telah meninggalkan pasangan mereka di sana dan perlu berjumpa dengan mereka semula sebelum jam 18:00 untuk membantu membawa barangan shopping para wanita ini. Idea pembukaan 'taska' lelaki tersebut timbul berikutan aduan seorang wanita yang tidak tahan dan tertekan dengan sikap suaminya yang suka membebel dan merungut semasa dibawa bershoping.
Trend menarik sekarang:- Perlumbaan F1 di Churp2
Trend menarik sekarang:- Perlumbaan F1 di Churp2
6 ulasan:
Kelakornyer tetapi berkesan....
alalala....ada juga mcm ni hahaha
macam2...hehe
hahhaa ... saya suka betul dgn idea ini. kesian bah para suami tpaksa menunggu.
haha..siap ada taska lagi tue...
hahha klakar..taska cm ni pun ada yer
Catat Ulasan