Sempat order McDonald walaupun sedang dikejar polis | Boros Di Aralom

Jumaat, 15 April 2011

Sempat order McDonald walaupun sedang dikejar polis

Nak cakap dah nyanyuk pun tak juga. Pelik betul perangai wanita tua ni. Roberta Spen, 64, telah ditahan polis kerana memecut dan tidak mematuhi arahan polis untuk berhenti. Dikatakan bahawa hanya satu tempat yang akan buat dia berhenti iaitu restoran McDonald. 
Roberta Spen
Menurut polis dalam laman Sun Sentinel, mereka cuba untuk menahan Spen apabila mendapati lampu brek keretanya tidak berfungsi. Polis-polis ini memberi signal kepada Spen untuk berhenti dan keluar tetapi si Spen ini dengan rileksnya memandu kereta terus ke dalam laluan 'drive thru' McDonald untuk order menu pulak. Ingatkan dia nak berhenti tapi sejurus saja membayar ordernya, dia terus memecut laju. 

Bila polis buat teknik box untuk menahan kereta Spen, dia berjaya lari dengan mengundurkan kereta. Apa lagi, polis pun buat la cara kasar dengan merempuh kereta si Spen ini. Lepas tu, boleh lagi si Spen buat hal tak nak serah kan lesen dan pendaftaran. Akhir sekali si Spen pun cakap la " I was not speeding"..haih..dah terang-terangan buat kesalahan masih nak cover.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

1 ulasan:

Unknown berkata...

khakhakha lawaklah nek Som!!