Whoa..bahaya sekarang ni..Eh eh, korang jangan salah faham ya, saya bukan nak buat entri pasal cara-cara nak rompak bank seperti yang tertera pada tajuk. Begini ceritanya, tadi semasa gua godek-godek statistik blog kat Nuffnang, tertengok lak search keyword ni, "cara merompak bank"..oppss!! sampai gitu skali..ni mesti nak buat projek besar. Nak rompak bank mana tu?
Dalam banyak-banyak blog, blog gua juga yang menjadi sasaran tak tersengaja. Blog gua ni bukannya guna niche pasal jenayah merompak..entah, niche tu apa ya? huhu..ni mesti pasal entri nenek tua yang merompak bank hari tu punya. Apa, nak tiru cara dia rompak bank ke?
Anyway, kalau ada sesiapa yang nak ada niat atau keinginan untuk merompak bank tu, lebih baik fikir dulu banyak kali. Korang memang akan menjadi kayo rayo punya kalau berjaya tapi hidup tak akan aman. Ingat lah Tuhan dan dunia akhirat. biar hidup susah kat dunia ni asal kan hati beriman kepada Tuhan. Bila masuk syurga, duit, emas, permata, intan, semua tu kita main pijak-pijak je. Tak kan ada kesusahan lagi kat sana.
Haish..ni nak merompak bank pulak dah...naya beb..naya..
Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan