Gambar anjing overweight | Boros Di Aralom

Ahad, 10 April 2011

Gambar anjing overweight

Kenapa anjing ini gemuk? Menurut The Telegraph, anjing betina bernama Cassie (gambar sebelah kanan) ini mengalami masalah berat badan melampau kerana sikap tuannya yang telalu banyak memberi makanan berlemak tinggi. Anjing berumur 7 tahun ini mempunyai berat 58kg berbanding berat idealnya iaitu 18-20kg. Kegemukan yang dialami oleh Cassie menyebabkannya sukar untuk berdiri malah mengalami masalah pernafasan semasa tidur. Kini, Cassie terpaksa dibawa ke pusat pemulihan anjing Dog's Trust untuk membantunya berdiet dengan sihat sebelum dikembalikan kepada tuannya.
Cassie (kanan) yang overweight. (pic taken from telegraph.co.uk)
*Anjing ni dah sama berat dengan gua..mak aii...beratnya!


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone