Maut selepas menyelamatkan kekasih yang lemas | Boros Di Aralom

Khamis, 7 April 2011

Maut selepas menyelamatkan kekasih yang lemas

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Niat untuk menyelamatkan orang lain tapi bukan sahaja nyawa sendiri yang melayang malah nyawa orang yang hendak diselamatkan pun tergadai juga. Apa nak dikata, soal hidup dan mati itu di tangan Tuhan. Inilah yang berlaku Seremban petang semalam. Berita ini dipetik dari akbar myMetro hari ini.

SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.

Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.

“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barangan makanan.


“Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.

Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.

“Saya dan teman lelaki,(Mohd Khalim Shiddik, 19) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.



Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

3 ulasan:

Cik Puan iLa berkata...

sayang punye pasal..huhu

Shafiq berkata...

Malang tak berbau..

Hairun Azmi berkata...

Memang bahaya arus deras.Kadang kadang tak sempat nak buat apa apa bila ianya datang...

Terima Award.Makasih sobat