Tori, Orangutan yang ketagih rokok |
Seorang penjaga zoo mencuba pelbagai cara untuk menghentikan seekor Orangutan bernama Tori di sebuah zoo di Indonesia yang kini ketagih merokok, satu habit yang dipelajarinya daripada tingkahlaku manusia.
Habit tersebut telah berlarutan selama 10 tahun. Apabila sahaja Tori mulai ingin menghisap rokok, dia akan memberi isyarat dengan meletakan dua jarinya di depan bibirnya untuk meminta rokok daripada para pengunjung yang datang.
Masalah ini memaksa pasukan dari pusat penjagaan Orangutan di Indonesia untuk mengalihkan Tori bersama tiga rakannya yang turut ketagih rokok ke kawasan terpencil di mana mereka tidak lagi mempunyai akses kepada rokok. Dengan harapan agar mereka akan meninggalkan tabiat tersebut. - Sumber: Metro UK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan