(EDISI BOLA) Ada sesuatu yang aneh di kepala Rooney ketika menentang Crystal Palace..apakah benda tu? | Boros Di Aralom

Sabtu, 14 September 2013

(EDISI BOLA) Ada sesuatu yang aneh di kepala Rooney ketika menentang Crystal Palace..apakah benda tu?

Manchester United kembali dalam rentak kemenangan selepas membenam Crystal Palace 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Gol United dijaringkan oleh Van Pesie melalui sepakan penalti pada minit terakhir masa pertama manakala gol kedua dijaringkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-81.

Pasti ramai yang menonton perlawanan tersebut dan mesti ada yang tertanya-tanya apakah benda yang dipakai Rooney di kepalanya itu? Banda hitam yang dililit di kepala Ronney itu sebenarnya adalah pelindung kepada anak-anak rambut yang mulai tumbuh. Sebelum ini, Rooney pernah membuat pembedahan di bahagian kepala pada bulan Jun lalu kerana mengalami masalah keguguran rambut. Dalam permbedahan itu, doktor telah menanam anak-anak rambut di kepala Rooney yang membotak walaupun usianya belum mencapai 30an.




Jadi itu lah sebabnya kenapa Rooney perlu memakai alat pelindung kepala dalam perlawanan dengan Crystal Palace tadi tu...kepada peminat MU, jangan risau, Rooney tidak mengalami kecederaan kepala buat masa sekarang...saja nak cantikkan kepalanya yang dah nak botak...hohoho..

Rooney memakai alat pelindung kepala