(EDISI RITUAL) Acara korban kambing oleh Shakter Karagandy sebelum perlawanan Liga Juara Eropah buatkan aktivis haiwan tidak dapat duduk diam | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Ogos 2013

(EDISI RITUAL) Acara korban kambing oleh Shakter Karagandy sebelum perlawanan Liga Juara Eropah buatkan aktivis haiwan tidak dapat duduk diam

Dalam perlawanan timbal balik plaf off Liga Juara-juara Eropah, Shakter Karagandy telah membuat satu ritual penyembelihan kambing biri-biri (acara korban) yang juga merupakan amalan biasa di Kazakhstan sebelum memulakan perlawanan bola sepak...pengurus Shakter bercadang untuk meneruskan ritual tersebut dalam perlawanan kedua dengan pasukan Scotland, Celtic, namun mendapat tentangan hebat dari aktivis haiwan Scotland.
Kambing biri biri untuk korban
Kumpulan aktivis PETA meluahkan kemarahan mereka dan telah menghantar surat kepada presiden UEFA, Michel Platini, supaya memberi hukuman kepada Shakter.

Walaubagaimanapun, Celtic tidak mempunyai halangan terhadap ritual tersebut. Yang pasti, jika ritual tersebut diadakan oleh pasukan Shakter, mereka perlu mengadakannya di luar kawasan Celtic Park.

Dalam perlawan pertama kelayakan Liga Juara Eropah, Shakter berjaya menumpaskan Celtic 2-0. - News TV

Tiada ulasan: