Selepas beberapa siri keputusan kurang memuaskan perlawanan bola sepak antarabangsa yang disertai oleh skuad Harimau Malaya , ditambah lagi dengan kekecewaan gagal ke Piala Asia 2015, akhirnya teka teki sama ada malanjutkan atau tidak kontrak jurulatih kebangasaan, Datuk K Rajagobal, terjawab juga. FAM tidak akan melanjutkan kontrak beliau yang berakhir bulan depan. Bacalah laporan Harian Metro ini.
K.Rajagobal |
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan melanjutkan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang bakal tamat 31 Disember ini.
Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009.
"FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini.
"Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik," kata Subahan.
Sementara mendapatkan pengganti, FAM bersetuju melantik jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.
Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!