Dia mungkin bukanlah seorang pemain tengah yang dikenali. Tetapi bintang Iran ini, Andranik Teymourian, telah menunjukkan sifat belas kasihannya terhadap haiwan di atas padang bola dan perbuatannya itu dibalas baik serta merta. Bagaimana?
Teymourian pernah menyarung jersi Bolton dan Fulham tetapi kini dia sudah kembali ke negaranya untuk bermain dengan kelab tempatan Esteghlal.
Semasa perlawanan menentang Buriram United dalam Liga Juara Asia, dia menyelamatkan seekor rama-rama yang sedang berada di atas padang yang berisiko untuk dipijak pemain. Dia menggenggam dengan lembut rama-rama tersebut dan kemudiannya melepaskan serangga tersebut ke luar padang.
Sejak akhir-akhir ini, dia sangat sukar untuk menjaringkan gol. Tetapi selang beberapa minit sahaja selepas menyelamatkan rama-rama tersebut, Teymourian berjaya menjaringkan gol cantik dari jarak jauh dan sekaligus membantu pasukannya mara ke separuh akhir.
Inilah hukum karma. Buat baik dibalas baik! Anda boleh tengok jaringan cantik Teymourian itu di Youtube.