Kemenangan pertama buat Giggs selaku pengurus Manchester United | Boros Di Aralom

Ahad, 27 April 2014

Kemenangan pertama buat Giggs selaku pengurus Manchester United

Ryan Giggs memulakan tugas sebagai pengurus sementara Manchester United menggantikan David Moyes dengan baik apabila berjaya mengalahkan Norwich City 4-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Gol United dijaringkan oleh Wayne Rooney dan Juan Mata yang masing-masing menjaringkan dua gol. Jaringan sebesar itu jelas membuatkan pengurus yang juga pemain United itu bangga dengan rakan-rakan sepasukannya. Katanya, "Saya rasa saya tinggi 10 kaki, sangat bangga".
Ryan Giggs sebagai pengurus sementara United
Sekirannya Giggs dapat membantu United mempamerkan prestasi konsisten sehingga akhir musim liga perdana Inggeris ini yang hanya berbaki dua perlawanan, mungkin dia boleh saja diserap terus menjadi pengurus United. Namun sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa kerusi panas itu bakal diisi oleh Louis Van Gaal yang kini sedang mengurus pasukan kebangsaan Belanda.


So..mungkin musim depan, United bakal bershoping sakan untuk membeli pemain berkualiti. Dengar kata, Lionel Messi dah ada dalam senarai..tapi tak pasti nak beli ker tak..huhu
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Tiada ulasan: