Nampaknya ada penyokong tegar yang kurang puas hati dengan Indra Putra kerana dikatakan terlepas dari dikenakan kad selepas menyiku Mat Yo. Laporan yang dipetik dari mysumber
Pertembungan dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia antara skuad “The Red Warrios” menentang “Harimau Selatan” di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tempoh hari sehingga kini masih menjadi bahan bualan dan sindiran peminat bola sepak tempatan di laman sosial
Ini gara-gara berlaku beberapa insiden semasa perlawanan yang dianggap “panas” itu.
Turut menerima tempiasnya adalah tonggak utama pasukan Kelantan, Indra Putra yang diancam bunuh menerusi satu entri status yang ditulis di laman sosial Facebook.
Mengenai status ugutan itu, ia ditulis oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Boy Nazrie dalam kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh Indra Putra dan juga pengadil perlawanan pada malam itu.
Berdasarkan tinjauan di Facebook, individu terbabit membuat kenyataan berunsur ugutan itu ekoran tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Norshahrul Idlan Talaha ,sehingga menyebabkan hidung pemain itu berdarah dan terpaksa diberikan rawatan
Sementara itu, perkara ini turut mendapat perhatian daripada akhbar media perdana walaupun ugutan terhadap Indra Putra itu disifatkannya sebagai gurauan semata-mata oleh sesetengah pihak