(image from google) |
LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson digantung lima perlawanan kerana kritikannya terhadap pengadil Martin Atkinson, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), semalam.
Ferguson berada dalam situasi kepanasan selepas mengecam mutu pengadilan Atkinson ketika Red Devils tewas 2-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge, awal bulan ini.
Pengurus United itu tidak menghiraukan nasihat daripada bahagian perundangan kelab itu dan berikrar akan mempertahankan diri terhadap dakwaan salah laku, tetapi kini dia didenda dengan hukuman agak berat ketika pasukannya memasuki fasa kritikal musim ini.
Ferguson mempertikaikan kewibawaan Atkinson apabila mengeluarkan kenyataan dia mahukan seorang pengadil yang ‘adil’ untuk mengadili perlawanan menentang Chelsea.
FA menganggap kritikan Ferguson itu keterlaluan dan mendenda penggantungan tiga perlawanan terhadap pengurus warga Scotland itu, yang akan menyaksikannya tidak akan berada di bangku pasukan apabila United berdepan Bolton, West Ham dan Fulham.
Ferguson juga didenda 30,000 pound (RM150,000) dan hukumannya berkuat kuasa 22 Mac ini, kata FA dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, kritikan terbaru Ferguson terhadap Atkinson itu bermakna hukuman penggantungan dua perlawanan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini kerana mengkritik Alan Wiley juga akan dilaksanakan.
Tambahan penggantungan dua perlawanan itu menyebabkan Ferguson juga tidak akan dibenarkan berada di tepi padang bagi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City. – Agensi
(sumber: Berita Harian)
1 ulasan:
haha..
padan muke sama fergie.
:D
Catat Ulasan