Jaringan Berbatov sahkan 3 mata untuk Manchester United | Boros Di Aralom

Isnin, 21 Mac 2011

Jaringan Berbatov sahkan 3 mata untuk Manchester United

Dengan perlawanan yang berbaki 3 minit lagi, Berbatov berjaya menjaringkan gol untuk menentukan 3 mata penuh dimiliki Manchester United ketika menerima kunjungan Bolton Wanderers di Old Trafford. Kemenangan ini sekaligus mencerahkan lagi peluang United untuk merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris pada musim ini. 
Bolton Wanderers' Gretar Steinsson and Manchester United's Nani in action
(pic from www.premierleague.com)
Mulanya, kemenanga tampak samar untuk United yang terpaksa bermain 10 orang apabila Johny Evans diberi kad merah selepas mengasari pemain Bolton, Stuart Holden pada separuh masa kedua. Bolton kemudiannya mendapat satu peluang cantik untuk mendahului perlawanan namun peluang itu disia-siakan oleh Matthew Taylor. Berbatov pula tidak mensia-siakan peluang di depan mata selepas penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen gagal untuk menampan kemas sepakan jarak jauh yang dilakukan oleh Nani. Keputusan penuh, Manchester United 1 - 0 Bolton Wanderers. United kini berada 5 mata di hadapan pencabar terdekat, Arsenal yang sekadar seri 2 - 2 dengan West Bromwich dalam saingan EPL pada Sabtu lalu. Keputusan perlawan lain di SINI. 



Tiada ulasan: