NYON (Switzerland): Dua seteru Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Chelsea bakal bertembung di suku akhir Liga Juara-Juara selepas majlis undian yang menyaksikan ulangan final 2008 kejohanan kelab elit Eropah itu, semalam.
Pendahulu EPL, United akan bertandang ke gelanggang penyandang juara itu bagi perlawanan suku akhir pertama 5 April ini sebelum melayani Blues di Old Trafford untuk timbal balik kedua pada 12 April.
United menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final di Moscow, tiga tahun lalu. Chelsea tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara dan terdesak untuk menampilkan aksi baik di pentas Eropah selepas kini sembilan mata di belakang United dalam saingan liga.
(google image) |
Gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona pula dijangka bertembung di separuh akhir andai kedua-dua pasukan itu mara, selepas Barca, pilihan utama kejohanan diundi bertemu pendatang baru dari Ukraine, Shakhtar Donetsk manakala Real berdepan kelab Inggeris, Tottenham Hotspur yang menyingkirkan AC Milan di peringkat kalah mati.
Juara bertahan, Inter Milan pula diundi menentang Schalke 04 dan menjadi pilihan untuk menewaskan kelab Jerman itu selepas menyingkirkan Bayern Munich.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 5 dan 6 April manakala timbal balik kedua berlangsung 12 dan 13 April. - AFP
(Sumber: Berita Harian)
1 ulasan:
GO MU!
Catat Ulasan