Kadang-kadang kelebihan yang ada pada diri akan membawa kepada keburukan atau kelemahan yang perlu ditanggung oleh individu tersebut. Ini lah senario yang berlaku kepada remaja yang memegang rekod remaja paling tinggi di dunia iaitu Malee Duangdee, 19 tahun.
Duangdee dengan seorang rakan. (Sumber: The Telegraph) |
Dibesarkan dalam keluarga sederha di bahagian Timur Thailand, Duangdee dikatakan mempunyai zaman kanak-kanak yang pahit disebabkan oleh ketinggiannya itu. Dia sering dibuli dan disisihkan di sekolah oleh teman-temannya. Yang paling memeritkan lagi ialah keadaan tubuhnya yang 'meninggi' secara mendadak semasa meningkat remaja menyebabkan Duangdee kehilangan penglihatan.
Menurut doktor yang merawatnya, keadaan Duangdee adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh ketumbuhan tumor dalam otak.
Duangdee mempunyai ketiggian luar biasa. (Sumber: Aol News) |
Duangdee akhirnya terpaksa meninggalkan sekolah kerana sikap teman-teman yang sering membulinya. Katanya pada The Telegraph, "saya terdesak untuk mempunyai kawan bermain tetapi mereka semua tidak mempedulikan saya,"
Namun demikian, Duangdee tetap optimistik tentang masa depannya. Katanya lagi, "saya sangat ingin untuk menjadi seperti remaja lain dan boleh hidup sendirian, membina kehidupan untuk diri saya sendiri dan bergembira, tetapi tidak siapa tahu apa akan berlaku kelak"
Ketika ini Duangdee sedang memegang rekod sejak dari Januari 2009 dalam Guiness World Records sebagai wanita paling tinggi dengan ketinggian hampir 6 kaki 9 inci.
Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today The Berry is back! Find your NOW
2 ulasan:
Kesian kat dia...
6 Bom Tangan di temui di Brickfields
apa blh buat... sabar je la..
Catat Ulasan