Haish! macam-macam benda negatif dah yang dilaporkan mengenai perangai bomoh-bomoh ini tapi ramai juga manusia yang tak serik-serik untuk mendapatkan khidmat mereka. Kononnya nak hilangkan penyakit lah, hantu lah, dan yang tak terkecuali juga untuk mendapatkan minyak pelincir. Opss! bukan minyak tu, minyak pengasih la. Minyak yang orang guna untuk mengoda-goda atau memukau orang. Ish! tak takut dosa ker?. Tapi yang menghairankan, masyarakat kita yang mempunyai nilai pegangan agama yang kuat ni pun masih nak percaya benda-benda karut ni. Kenapa tak mohon pertolongan daripada Tuhan saja kalau berhadapan dengan sebarang musibah hidup?
Seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia Online, seorang pelajar ini dikatakan telah dirogol oleh seorang bomoh yang kononnya mampu mengusir hantu dalam badan remaja tersebut.
KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar Tingakatan Lima sewaktu menerima rawatan di rumah bomoh tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, mangsa ke rumah bomoh tersebut bersama kedua ibu bapanya untuk membuang hantu yang dikatakan terdapat di dalam badannya.
"Pelajar tersebut pada mulanya pergi ke rumah bomoh tersebut pada hari Isnin lalu kira-kira pukul 7 malam dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang di badan pelajar berkenaan.
"Bomoh tersebut kemudian menyuruhnya datang semula keesokan hari untuk menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, pelajar tersebut diarahkan memasuki sebuah bilik bersama bomoh yang berusia 36 tahun itu manakala ibu bapanya menunggu di ruang tamu.
"Ketika kejadian isteri bomoh berada di dapur dan selepas kejadian rogol ini berlaku pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.
"Pihak kami menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang hari yang sama," katanya. Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Utusan
Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone
2 ulasan:
Kalau berdua duan bomoh dengan pesakit di dalam bilik ,memang sah itu bomoh penipu..
Teksi berkuasa elektrik di Jepun
ate!! nampak beno penipunya.....
Catat Ulasan