Kesempurnaan yang ada pada orang yang kurang sempurna | Boros Di Aralom

Selasa, 26 April 2011

Kesempurnaan yang ada pada orang yang kurang sempurna

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dilahirkan dalam keadaan fizikal yang kurang sempurna? Bagi ibu bapa khususnya, sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima hakikat sekiranya mereka mendapati anak kandung mereka sendiri tidak normal dari segi fizikal ketika dilahirkan ke dunia. Namun sekirannya seseorang itu berfikiran positif dan optimistik terhadap masa depan yang bakal dilalui oleh anaknya maka tidak mustahil anak mereka itu akan menikmati hidup seperti orang lain malah mungkin jauh lebih baik. 

Sudah banyak kisah hidup orang kurang normal yang memberikan inspirasi kepada kita untuk bergerak ke hadapan dan menikmati hidup dengan lebih bermotivasi. Salah satu daripadnya ialah kisah hidup yang dialami oleh seorang gadis yang menjadi pemain piano terkemuka walaupun hanya memiliki empat jari. Gadis tersebut ialah Hee Ah Lee yang dilahirkan pada tahun 1985. Apabila anda mendengar dia bermain piano, sudah tentu anda juga akan terpegun. 
Hee Ah Lee pianist at the piano
Menurut TruthorFiction, ibu Lee, Sun, telah mengandungkannya apabila dia berkhawin dengan seorang lelaki kurang upaya. Namun demikian, bukan faktor genetik yang menyebabkan kecacatan Lee tetapi pengambilan ubatan oleh ibunya. Bukan sahaja mengalami kecacatan jari, Lee juga mengalami kecacatan pada kaki dan sedikit kecederaan otak. Sun melihat anaknya itu sebagai seorang insan yang cantik dan menolak cadangan sanak saudaranya untuk menghantar Lee kepada keluarga angkat.

Ketika Lee berada di pra-sekolah, dia dihantar oelh ibunya menghadiri kelas piano untuk dua tujuan iaitu bagi membantu Lee untuk belajar memegang pensel dan yang kedua ialah untuk membantu Lee menguasai perkara baru. Ini kerana sekiranya Lee boleh menguasai permainan piano maka dia juga berkemungkinan besar boleh menguasai bidang lain. Mulanya Lee sangat sukar untuk belajar piano namun disebabkan oleh motivasi dan semangat yang tinggi serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibunya, Lee berjaya mengusai permainan piano sehingga mendapat hadiah utama dalam konsert piano di kalangan pelajar tadika. Pada umur 7 tahun, Lee telah menjuarai Korea’s 19th National Handicap Conquest Contest.

Hari ini, Lee telah menerima banyak anugerah dan juga telah menjelajah ke seluruh dunia untuk mengadakan konsert pianonya dengan lebih 200 kemunculan. Album pertama Lee yang bertajuk "Hee-ah, a Pianist with Four Fingers" telah dilancarkan pada Jun 2008.

Saya tak pasti sama ada terma 'kurang upaya' itu sesuai atau tidak ditujukan kepadanya. She got talent, fame, and most of all, a gift from God. Truly inspiring!


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inspiring!! ^^

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

kadang-kadang mereka ini dapat melakukan lebih baik drp manusia yg cukup sifat.

Hairun Azmi berkata...

Terharu saya...

Hee Ah seorang yang kuat semangat dan ibu beliau seorang motivator yang hebat.

Robot ada perasaan