Wokey, nak tanya, pernahkah anda mengalami kemurungan dalam hidup? Mesti pernah kan..kemurungan ini merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Namun demikian sekiranya seseorang itu mengalami tahap kemurungan yang melampau, hal ini akan menjejaskan kesihatan mental individu tersebut. Kesannya, seseorang itu cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang memusnahkan diri seperti kes bunuh diri.
Berikut merupakan simptom-simptom kemurungan:
1. Kemunduran pada gerakan psychomotor
2. Gangguan terhadap tidur.
3. Selalu tidak bertenaga
4. Selalu rasa diri bersalah dan tidak bernilai
5. Perubahan minat terhadap aktiviti seksual
6. Sukar menumpukan perhatian
7. Sering berfikir tentang kematian dan ingin membunuh diri
8. Perubahan terhadap selera makan dan berat badan
9. Hilang harapan
Macam mana dengan anda? pernah merasai salah satu daripada simptom di atas? atau dua, tiga, empat, atau kesemuanya? Jika anda ingin mengukur tahap kemurungan dalam diri, disarankan agar anda mengambil unjian BDI (Beck Depression Inventory). Ujian ini merupakan salah satu ujian self directed di mana anda boleh membuat penaksiran sendiri. Namun sekiranya anda inginkan hasil serta kaedah rawatan yang sesuai, anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar profesional seperti kaunselor berdaftar dan ahli klinikal psikologi.
p/s: nota ini akan keluar final exam..ciayok!
Trend Menarik Sekarang:- The Berry is back! Find your NOW Read More Stories
3 ulasan:
cam ada no 8,huhuhu...
wah blh ukur ye.. kat mana nak ukur tu?
ZooL
Kena hafal nie. Hehehe. :-)
Catat Ulasan