Jay Park Kempunan Nak Jumpa Datuk Lee Chong Wei? | Boros Di Aralom

Jumaat, 13 Julai 2012

Jay Park Kempunan Nak Jumpa Datuk Lee Chong Wei?

Nampak seiras tak?
Sekitar Mei lalu, penyanyi sensasi ini datang sempena mempromosikan albumnya, New Breed sekaligus mengadakan showcase di KL Live. Dan MD masih ingat lagi, sewaktu berpeluang menemuramah penyanyi yang popular dengan lagu Girlfriend dan Know Your Name ini, Jay ada menyuarakan, kalau diberi peluang dia mahu juga berjumpa dengan Datuk Lee Chong Wei.

Kenapa? Sebab, selama ini dia sering mendengar peminat Malaysia berkata dia dan Datuk Lee 'kembar' disebabkan wajah mereka yang hampir seiras.

Jay Park juga mengakui wajah mereka hampir sama, saat ditunjukan gambar Datuk Lee Chong Wei, pada temuramah yang lalu.

Nak dijadikan cerita, semasa ketibaannya di lapangan terbang antarabangsa (KLIA), semalam, secara tidak di sangka-sangka Jay berselisih dengan Datuk Lee Chong Wei. Momen tersebut berlaku apabila Jay yang keluar dari balai perlepasan dan terus menuju ke van yang sudah menunggu. 

Dalam masa sama, di khabarkan wira badminton negara itu baru saja masuk di balai perlepasan dan berjalan menuju ke kaunter. Difahamkan Chong Wei dalam perjalanan untuk berangkat ke London sempena Sukan Olimpik.

Cuba bayang kalau Jay dan Chong Wei bertemu... Sayang, mereka hanya ditakdirkan berselisih. - Sumber: Malaysian Digest

Tiada ulasan: