Sekadar gambar hiasan |
LIMBANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau pemotong daging dipercayai akibat tertekan selepas dituduh mencuri barang antik di kedai majikannya. Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa mengalami empat jahitan di tangan sebelah kiri selepas cuba mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri.
“Sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah syarikat di sini turut bekerja membersihkan rumah majikannya yang terletak di belakang kedai terbabit.
“Dua tiga hari lepas, majikannya ada bertanya kepada mangsa mengenai kehilangan beberapa barangan antik di rumah tersebut.
“Lelaki terbabit berasa tertekan kerana majikannya akan membawa mangsa ke balai sekiranya barangan yang hilang tersebut tidak dijumpai,” kata Bukhori semalam. Bukhori berkata lagi lelaki itu cuba membunuh diri dengan mengerat tangannya menggunakan pisau pemotong daging sepanjang 30 sentimeter dan selebar lima sentimeter.
“Dalam insiden itu lelaki itu bernasib baik kerana pisau terbabit tidak terkena urat nadinya dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Katanya laporan polis diterima selepas dimaklumkan pihak hospital berhubung insiden itu petang kelmarin. - Sumber: The Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan