Hari ini bermula sudah sesi persekolahan pada tahun 2013. Pastinya ramai yang telah memasang azam untuk belajar lebih rajin dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik. Tapi banyak juga yang masih dilanda 'penyakit honeymoon' dek kerana baru lepas habis cuti panjang. Kononnya belum puas bercuti la tu..
Apapun, cuti dah berlalu, sesi persekolahan pun dah nak mula. Bagi bebudak kecil yang baru 'first time' pergi sekolah tu memang perlu diajar untuk menyesuaikan diri. Kang ada yang meraung kena tinggal oleh mak bapak dia. Dulu masa first time masuk darjah 1 pada tahun 1994, saya rasa macam kena 'kejutan budaya'. Dah lah sekolah jauh berpuluh kilometer dari rumah, jumpa pulak dengan bebudak lain yang tak pernah saya jumpa sebelum tu. Tapi yang pasti, saya tak menangis la sebab memang dah bersemangat nak g sekolah. Jeles dengan abang yang dah berada di tahun 3 masa tu.
Hari pertama, saya merasa kekok sedikit tapi bila dah hari kedua, ketiga, keempat...dan hari-hari seterusnya..nah..dah tunjuk taring. Escape dari kelas!! main lumba lari p tandas kat hujung sekolah..haha..lepas tu pergi bergayut atas pokok mangga pula..first week kat sekolah, dah rasa kena denda berdiri atas bangku..haha..
That's my bitter sweet memories masa awal-awal masuk sekolah dulu. Saya ni terus masuk darjah 1 dan tak pernah merasa sekolah tadika. First English statement yang cikgu ajar ialah "thank you!, what is your name? dan may I go out please?". Bagi saya guru-guru yang mengajar saya masa di Tahun 1 itulah yang paling istimewa dan saya ingat sampai sekarang. Bukan bermaksud lupa dengan guru-guru lain tapi mereka lah yang merintis dalam mengajar saya mengenal ABC sampai Z dan 123. Cikgu yang paling saya ingat sampai sekarang ialah Cikgu Zainon....guru bahasa Inggeris yang sangat ceria. Memang kalau dia masuk, kami satu kelas jadi budak baik tumpu perhatian walaupun malu-malu nak cakap english..terus saya teringat OhMyEnglish!! Masih ingat lagi masa dia ajar mengenal binatang dalam english, "what is this animal?" pas tu saya jawab "ti-ger"..salah..cikgu betulkan sebutan "[tai]-[ger]"..ada lagi satu.."what is this animal?"..saya jawab "duk"...salah sebutan lagi..cikgu betulkan "[dak]" untuk itik..kebetulan nama kawan saya seorang ialah gitik dan kami panggil dia 'itik', memang ketawa kami semua. Cikgu tu tak tahu pun kenapa kami ketawa sebab nama sebenar si gitik ialah Jerr***..
That's why la saya tidak akan lupa pengalaman tahun 1. Di sana la cikgu kami dulu berusaha tanpa jemu mengajar kami kenal huruf dan nombor. Walaupun salah berkali-kali, mereka tetap tidak jemu mengulang perkara yang sama. Macam dalam iklan petronas "burung apa??....burung murai" tu..
So, bagi adik-adik yang kembali ke sesi persekolahan hari ini, selamat kembali ke sekolah. Belajar lah dengan smart dan yang paling penting, HORMATI GURU ANDA!! kerana mereka lah ibu bapa anda di sekolah.
Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan