Kes Maut Dilanggar Bas: Gambar enam kanak-kanak jadi tanda tanya | Boros Di Aralom

Rabu, 19 Mac 2014

Kes Maut Dilanggar Bas: Gambar enam kanak-kanak jadi tanda tanya

MUADZAM SHAH – Sekeping gambar yang ditemui bersama seorang lelaki yang maut dilanggar bas ekspres di di kilometer 144 Jalan Kuantan – Segamat pada 9 Mac yang lalu menimbulkan persoalan kepada pihak berkuasa.
Gambar enam kanak-kanak jadi tanda tanya
Akibat tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika keluar bersendirian, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mencari atau menghubungi waris kerana ketika kejadian hanya sekeping gambar enam kanak-kanak berkenaan yang ada dalam simpanan mangsa.

Walau bagaimanapun jenazah telah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jaya memberitahu, ketika kejadian menimpa lelaki malang tersebut, bas ekspres datang dari arah Segamat menuju ke Kuantan dengan 12 orang penumpang.

“Punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di tengah jalan di laluan bas. Cuaca berkabus tebal serta gelap dan pemandu bas tidak nampak mangsa.

“Mangsa tercampak danjatuh ke dalam longkang. Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa kurang siuman.

“Mangsa memakai baju kemeja lengan panjang warna merah berpetak dengan seluar panjang warna hitam. Ada tasbih di leher mangsa dan dua helai kain pelekat lusuh dibalut di dada,” katanya.

Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti yang digambarkan atau mengenali kanak-kanak yang terdapat dalam gambar diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian 019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222. - SH

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: