Percutian ke Korea : Hari Pertama | Boros Di Aralom

Isnin, 24 Mac 2014

Percutian ke Korea : Hari Pertama

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sejak tahun lalu kini tiba, percutian ke Korea Selatan. Ini adalah percutian kedua gua di luar negara.Tahun lepas dah pergi Bandung dan Jakarta, Indonesia.

Saya pun tak tau nak cerita apa..yang pasti hari pertama saya kat sini memang agak memenatkan. Rombongan kami ni ada lebih 20 orang dan kami guna travel agent dari Airworld. Dari segi pakej, memang berbaloi lah untuk 5 hari kat Korea dan sehari kat Manila, Filipina. Biasalah tu kalau korang dari Sabah. Nak ambik route paling menyelesakan dan paling murah, ambiklah penerbangan KK-Manila (sekitar 1jam30minit), Manila-Seoul (3jam45minit).

NHari pertama kat Korea memang agak memenatkan. Apa tidaknya, flight dari Manila jam2:30pagi dan sampai kat Incheon Airport jam6pagi. Lepas tu terus jalan-jalan. Pergi hotel jam6ptg. Saya ni kalau naik kapal terbang memang susah nak tidur. Apalagi kalau naik AirAsia kelas ekonomi. Tapi pasal nak pergi sangat kat Korea, penoreh getah macam saya ni tak kisah pun..hahaha..

Nasib baik lah ada singgah kat spa untuk mandi kat Manila so badan masih segar cuma kepala yang sudah low batery. First time jejakkan kaki kluar dari airport incheon..atukkoii..punyalah sejuk..3 darjah celcius suhunya..no wonder sebab winter baru jer lepas..pokok2 pun macam botak tak berdaun..orang Sabah cakap 'magalang'.

Keluar dari airport, kami naik bas yang sudah siap menunggu di luar. Kami beredar sekitar jam7 pagi gitu. Kat sini masanya cepat satu jam dari Malaysia. Kami dibawanya pergi sarapan kat restoran. Namanya pun saya tak tau sebab tulisan guna korean yang kiut-kiut tu. Ksmi makan mee sup ikan bilis. Rasanya macam sup ikan kering yang selalu bapa gua masak kat rumah. So, saya bantai jer lah makan.

Lepas makan, kami dibawa ke Deoksugung Palace. Tempat ini dah berusia lebih 100 tahun dan merupakan bekas kediaman maharaja korea dulu-dulu..

Then kami dibawa ke Outside View of the Blue House. Tempat ni adalah kediaman Presiden Korea Selatan. Tempat ni menceritakan banyak mengenai presiden korea selatan dari dulu hingga yang sekarang.

Tengah hari kami makan lagi. Kali ini makan steam boat..macam-macam ada kat dalam tu. Dan seperti biasa, kimchi always there.

Lepas lunch, kami pergi pulak ke Namsan Hanok Village. Tempat ini adalah perkampungan tradisional orang Korea dulu-dulu. Dan last destination untuk hari pertama adalah kat Chuncheon Myeong-dong.

Secara keseluruhannya, hari pertama ini kami dibawa melihat tempat-tempat bersejarah mengenai negara Korea yang kebanyakannya sudah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Petang jam 5 kami pergi makan dulu sebelum cek in kat Bears Hotel.

Landing time..zzzzzzzz

Nah inilah dia mee sup ikan bilis

Ni pulak hidangan makan petang

Tiada ulasan: