Cerita sebenar di sebalik kes campak Al-Quran ke dalam lubang tandas masjid | Boros Di Aralom

Khamis, 6 Mac 2014

Cerita sebenar di sebalik kes campak Al-Quran ke dalam lubang tandas masjid

Insiden kitab suci Al-Quran yang dicampak ke dalam tandas serta disepahkan di dalam masjid memang suatu perkara serius yang pastinya  menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Angkara biadap! campak al-Quran ke dalam mangkuk tandas
Pada pagi 4 Mac, penduduk kampung Limbongan, Besut, Terengganu digemparkan dengan satu insiden pencerobohan masjid. Penduduk telah digemparkan dengan insiden kerosakan yang berlaku di Masjid Limbongan, Kota Putera yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari penduduk ketika persiapan hendak menunaikan solat Subuh dan dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi. Terdapat juga beberapa kesan tompokan darah di dalam kawasan masjid. Darah dipercayai dari kaki si pelaku yang dikatakan menendang pintu masjid untuk dipecahkan.

Sebilangan naskhah Al-Quran nidapati berselerak dan terkoyak dan turut dicampak ke dalam lubang tandas. Keadaan masjid juga berselerak dan tunggang langgang akibat kerosakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.


Ekoran dari kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan pesalah yang melakukannya juga telah berjaya ditangkap. Pihak Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam kes yang amat sensitif dan merbahaya seperti ini. Kawalan keselamatan hendaklah diperingkatkan samada di masjid atau rumah-rumah ibadat Non Muslim sehingga ke suatu tahap di mana status keselamatan itu diperakui oleh pihak polis.
PAS Kawasan Besut membuat laporan polis
Suspek dipercayai menghidap masalah mental sejak tiga tahun lalu
Suspek yang berusia 27 tahun  dan bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan di Besut dan dipercayai mengalami masalah mental sejak tiga tahun lalu. Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai sepupu suspek juga telah memuat naik satu status di Facebook yang mengatakan bahawa suspek adalah seorang pesakit mental.

Jika ada sesiapa yang menyebarkan maklumat kurang tepat mengenai insiden ini dan mengaitkannya dengan masalah perkauman, maka mereka perlu menghentikan dari menyebarkan sebarang spekulasi yang mampu menggugat ketenteraman awam di negara ini.

Sumber: Says, Sinar Harian

Lagi Info Menarik:




Tiada ulasan: