Pesawat #MH370 Hilang: Bomoh ugut saman kalau ada yang kata amalannya itu bertentangan dengan Islam | Boros Di Aralom

Sabtu, 15 Mac 2014

Pesawat #MH370 Hilang: Bomoh ugut saman kalau ada yang kata amalannya itu bertentangan dengan Islam

Bomoh yang muncul di KLIA dan dikatakan datang untuk membantu mengesan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines, MH370, kini memang mendapat perhatian ramai termasuklah dari seluruh dunia. Perkataan bomoh sendiri itu pun menjadi trending di Twitter. 
Raja Bomoh di KLIA
Namun demikian, bomoh Malaysia bernama Ibrahim Mat Zin yang juga terkenal sebagai "Raja Bomoh" itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang mengatakan bahawa tindakannya itu telah mencalar nama Malaysia. Ramai pengguna laman sosial yang 'menghentam' amalan yang dilakukannya di KLIA sebagai 'bodoh dan memalukan'. Ia termasuk menggunakan tikar, buah kelapa, dan teropong buluh sampai ada yang menyamakannya dengan tikar ajaib dalam filem Laksamana Bujang Lapok. Malah ramai yang menganggap amalannya itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan bersifat 'khurafat'.
Raja Bomoh sedang dengan ritualnya
Walaupun pada mulanya Raja Bomoh mendakwa bahawa dirinya datang ke KLIA atas arahan pihak atasan kerajaan namun ianya dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahidan Kassim.

Berang dengan semua tuduhan ini, Raja Bomoh kini mengugut akan menyaman sesiapa yang mengatakannya amalannya itu bertentangan dengan syariat Islam.

Sumber: Yahoo, Malaysian Insider


Tiada ulasan: