Tertipu dengan sindiket penipuan pelajar lepasan SPM | Boros Di Aralom

Ahad, 2 Mac 2014

Tertipu dengan sindiket penipuan pelajar lepasan SPM

Zaman sekarang memang macam-macam teknik penipuan licik yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Terbaru, ada satu sindiket tipu pelajar di Pulau Pinang dan mungkin banyak lagi di tempat lain. Sasaran utama mereka ialah pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM dan  STPM. 
Antara mangsa penipuan sindiket penipuan pelajar lepasan SPM
Kuala Lumpur: Dua sindiket dikesan menipu pelajar menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi menghadiri temuduga kemasukan ke universiti awam dan swasta. 
Sindiket itu turut menggunakan logo Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain dalam surat panggilan temuduga yang diedar kepada pelajar di seluruh negara.  
Mereka turut menggunakan nama Jabatan Pengurusan Siswazah, Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Unit Pengambilan Khas Pelajar Kementerian Pendidikan. Namun, siasatan BH mendapati jabatan dan unit itu tidak wujud di Kementerian Pendidikan. - BH

Kalau anda diminta membayar wang semata-mata untuk menghadiri temuduga saja, memang sah itu satu penipuan. Saya dah banyak kali pergi temuduga termasuklah temuduga untuk sambung belajar masa baru habis STPM dulu..tak der pun kena suruh bayar apa-apa. Bayar fotostat jer lah.

Kalau rasa diri tertipu dengan sindiket penipuan pelajar lepasan SPM ni? sila laporkan pada polis. 

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: