(Roundup) 30 Jam selepas #MalaysiaAirlines MH370 hilang | Boros Di Aralom

Ahad, 9 Mac 2014

(Roundup) 30 Jam selepas #MalaysiaAirlines MH370 hilang


8 Mac 2014
12.41am - MH370 berlepas dari KLIA
02.40am - MH370 hilang dari radar di ruang udara Vietnam
06.30am - MH370 sepatutnya dijadualkan tiba di Beijing
07.24am - MAS mengesahkan kehilangan pesawat Boeing 777 MH370
08.30am - Pesawat MH370 dianggarkan telah kehabisan minyak
10.44am - MAS menafikan spekulasi bahawa MH370 telah mendarat di Naning
01.46pm - Media Vietnam melaporkan bahawa MH370 telah terhempas berhampiran pulau Tho Chu 
02.30pm - Pemangku Menteri Pengangkutan menafikan bahawa MH370 terhempas dan masih menunggu pengesahan dari pihak tentera

04.30pm - MAS menyatakan sudah menghubungi 80% dari keluarga penumpang dan anak kapal MH370
06.15pm - Negara-negara sekitar Asean menggembleng tenaga untuk bekerjasama dalam usaha mencari dan menyelamat

09.24pm - Tentera Udara Vietnam melihat limpahan minyak sepanjang 20km yang disyaki berasal dari pesawat MH370 di sepanjang perairan negara itu.

09.41pm - Pesawat AN26 turut melihat asap di laut tapi tidak dapat memastikannya.
10.22pm - Kapal laut Vietnam berada sekitar 130km dari kawasan kemalangan pesawat MH370
11.38 - Teori konspirasi mula ditimbulkan apabila dua penumpang MH370 didapati menggunakan pasport palsu.

9 Mac 2014
01.49am - Pencarian dari udara ditangguhkan namun kapal laut masih meneruskan misi mencari dan menyelamat.

02.24am - Singapore's Strait Times melaporkan bahawa dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu telah membeli tiket melalui China Souther Airlines. CSA mempunyai jalinan kerjasama penerbangan dengan MAS.

04.25am - Pasukan sukarelawanan MAS tiba di Beijing untuk memberi sokongan moral kepada ahli keluarga penumpang MH370

06.00am - Pakar menyatakan apa saja yang berlaku terhadap MH370, ianya berlaku dengan pantas tanpa memberi ruang kepada kapten untuk bertindak.

08.30am - Kawasan mencari dan menyelamat diluaskan ke Selat Melaka. Pihak berkuasa Malaysia juga sedang menunggu petunjuk terkini dari satelite untuk mencari petanda jika terdapat serpihan pesawat MH370.

Untuk update terkini mengenai pesawat MAS yang hilang itu, anda boleh menonton Astro Awani @501 yang memaparkan berita lebih sahih. Let's keep #PrayForMH370

Sumber: Yahoo News



Tiada ulasan: