Biar Betul!! Komik Ultraman diharamkan di Malaysia..kenapa? | Boros Di Aralom

Jumaat, 7 Mac 2014

Biar Betul!! Komik Ultraman diharamkan di Malaysia..kenapa?

Selamat tinggal Ultraman..you are not welcomed in Malaysia anymore..Komik Ultraman diharamkan di Malaysia..why the because?
Ultraman kena haram di Malaysia?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan penjualan buku berjudul 'Ultraman The Ultra Power' kerana 'memudaratkan ketenteraman awam'...~ that's the alasan by KDN.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesian Ultraman..tak per, lepas ni buat lah mesyuarat tergempar dengan Spiderman, Batman, Power Ranger, dan Son Goku..jangan lupa ajak Boboboi skali yer.

Sumber: Says

Lagi Info Menarik:







Tiada ulasan: