Pesawat #MalaysiaAirlines MH370 Hilang: Kini timbul pula bomoh, ahli nujum dan pendeta beri ramalan | Boros Di Aralom

Selasa, 11 Mac 2014

Pesawat #MalaysiaAirlines MH370 Hilang: Kini timbul pula bomoh, ahli nujum dan pendeta beri ramalan

Sudah empat hari tapi pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) masih lagi belum ditemui. Kehilangannya kini menjadi misteri apabila semua petunjuk yang dijumpai gagal memberikan gambaran di manakah pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang berada.
Kini timbul pula bomoh, ahli nujum dan pendeta beri ramalan
Pelbagai andaian dan teori timbul tatkala misi mencari dan menyelamat semakin giat dilakukan. Apabila dianggap sebagai kehilangan misteri, pastinya akan ada banyak individu yang mengaku sebagai bomoh, nujum atau pendeta untuk memberi pendapat ala-ala paranormal mengenai kehilangan MH370 ini.

Menurut Bernama, seorang bomoh terkemuka Malaysia iaitu Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP telah datang ke KLIA untuk membantu. Katanya, kapal terbang itu mungkin masih berada di udara atau telah terhempas ke laut. Katanya lagi, ketika dia mula menilik, matanya sakit dan penglihatannya menjadi gelap gelita.

Pada masa yang sama, satu video lagi telah dimuat naik di laman Youtube yang menunjukkan seorang pendeta bernama T.B. Joshua dari Nigeria sudah menilik pada 28 Julai 2013 bahawa kejadian ini akan berlaku. Namun dia tidak menyatakan secara terperinci pesawat mana yang terlibat. Dia hanya mengatakan pesawat itu milik sebuah negara dari Asia, bersaiz besar, dan mempunyai penumpang sekitar 200 orang. Anda boleh tengok video tersebut di laman Youtube.
T.B. Joshua
Ahli nujum memang telah banyak menarik perhatian dunia sejak dari dulu. Contohnnya, Nostradamus yang hidup pada kurun ke 16 dikatakan telah menilik peristiwa masa depan yang bakal berlaku seperti kelahiran Napoleon dan Hitler serta serangan ke atas World Trade Center pada 9/11.

Namun yang pasti, setakat ini belum ada sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepada pesawat MH370 yang tiba-tiba hilang dari radar pada pagi 8 Mac 2014 lalu. Apa yang mampu kita buat sekarang ialah untuk terus mendoakan agar pesawat itu ditemui dalam keadaan selamat bersama dengan para penumpangnya. Di manakah MH370? Satu persoalan yang jawapannya sedang ditunggu oleh seluruh rakyat dunia. 

Sumber: Yahoo, Youtube

Tiada ulasan: