Sudah lebih 100 jam tapi pesawat MH370 milik Malaysia Airlines masih lagi belum ditemui. Hampir semua klu juga menemui jalan buntu. Kini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah meluaskan lagi kawasan pencarian sehingga ke Laut Andaman dan Selat Melaka.
Ketika operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, pihak berkuasa pula mula dikritik hebat mengenai cara mereka mengendalikan kes ini. Terbaru, gambar dua pemegang pasport palsu yang ditunjukkan kepada media mendapat perhatian ramai. Gambar tersebut dikritik kerana ianya seperti gambar superimpose. Kelihatan bahagian kaki individu pada gambar pertama itu 'dipotong' dan diletakkan pula gambar kaki dari individu kedua.
Polis menunjukkan gambar dua pemegang pasport palsu dari Iran |
Namun tidak ada tindak balas lagi dari pihak berkuasa mengenai hal ini. Walau bagaimana pun, pihak terbabit telah memaklumkan bahawa kedua-dua pemegang pasport palsu dari Iran itu tidak mempunyai kaitan dengan pengganas.
Sumber: Yahoo
Teruskan berdoa supaya MH370 segera ditemui. #PrayForMH370
Tiada ulasan:
Catat Ulasan