5 Benda pelik dan mengerikan yang dijumpai di tepi pantai | Boros Di Aralom

Isnin, 3 Mac 2014

5 Benda pelik dan mengerikan yang dijumpai di tepi pantai

Bila anda pergi ke pantai, hati-hati lah bila ternampak sesuatu benda pelik atau benda yang buatkan korang rasa was-was. Mana tau benda tu boleh mendatangkan bahaya. Berikut merupakan 5 Benda paling pelik dan mengerikan yang dijumpai di tepi pantai.

1. Tapak kaki manusia dalam kasut
Pada tahun 2007, terdapat banyak kasut sukan yang terdampar di tepi pantai British Columbia. Dan lebih memeranjatkan, kasut-kasut itu mempunyai serpihan daging tapak kaki manusia yang masih melekat di dalamnya. (sumber)
Salah satu kasut berisi tapak kaki manusia yang dijumpai

2. Bom hidup
Bom hidup bersaiz  6kaki ini merupakan milik tentera laut untuk tujuan latihan. Tapi jangan main-main, ianya memang bom betul dan kalau meletup, inalilah....
Bom milik tentera Navy

3. UFO
Okay..ini bukan UFO betul..ini ialah replika E.T dalam saiz sebenar. Extra Terrestrial merupakan filem Steven Spielberg yang memang sangat popular. Replika ET ini dijumpai di pantai Old Portsmouth oleh para pengawal pantai. (sumber)
ET..bayangkan kalau anda jumpa dia di tepi pantai

4. Dadah Kokain bernilai hampir $70 Juta
Ini mesti kes tersalah modus operandi. Kalau ianya dilakukan oleh penjenayah pengedar dadah, maka bersedialah menanggung kerugian berpuluh juta dollar. Dan jangan hairan, ada juga pengedar tu nak claim balik dadah mereka. 70 juta woii.. (sumber)
Dadah jenis Kokain dijumpai di tepi pantai

5. Batu nisan
Kat tepi laut pun ada batu nisan. Batu nisan ini berusia lebih dua ratus tahun. Entah macam mana ia berada kat situ. Baca saja sumber kalau nak tau. (sumber
Batu nisan giant
Sumber: Oddee

Pantai kat Malaysia pun ada benda pelik juga..tongkang dan cebisan mayat manusia banyak dijumpai. Eeerr..kalau jumpa harta karun, kan syok!! 

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: