Jijik! Video ulat hidup di dalam ayam goreng KFC | Boros Di Aralom

Isnin, 13 Oktober 2014

Jijik! Video ulat hidup di dalam ayam goreng KFC

Ulat hidup dijumpai dalam ayam goreng KFC. Walaupun insiden ini bukan berlaku di Malaysia namun ia sedikit sebanyak telah mencalar nama syarikat makanan franchais terbesar yang memiliki beratus ribu cawangan di seluruh dunia itu. 
Ulat dalam ayam KFC (via CEN)
Seorang wanita di China mendakwa telah menemui berdozen ulat hidup di dalam salah satu ayam goreng yang dipesan dari sebuah restoran KFC di Guangzhou. Insiden tersebut membuatkan wanita itu menjadi jijik dan marah. Malah dia menolak untuk menerima ganti rugi - iaitu set hidangan KFC percuma- yang ditawarkan.

Liu Tsai mendakwa, dia menemui ulat-ulat itu pada ayam goreng ke lima dari sepuluh ketul ayam goreng yang dipesan. Apabila dia hanya ditawarkan ganti rugi iaitu berupa set hidangan sama, dia menjadi marah dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak media. Dia turut mengambil gambar dan merakam video ayam goreng berulat itu.



Namun demikian, laporan tersebut telah dinafikan kesahihannya oleh KFC China.

Ini bukanlah kali pertama tahap kualiti dan kebersihan makanan KFC di China dipersoalkan. Sebelum ini terdapat satu penyiasatan telah dijalankan terhadap syarikat pembekal KFC yang didakwa menyediakan ayam yang telah  expire dan dikutip dari lantai.

So, korang berhati-hatilah apabila makan di mana-mana restoran. Nasihat paling bagus, baca lah doa sebelum makan..masak sendiri baru puas hati :p

Tiada ulasan: