KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh mempersoalkan janji Kerajaan Barisan Nasional yang pernah berjanji untuk membina satu juta rumah dalam waktu lima tahun di Sabah.
Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh |
Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.
“Pada waktu itu, saya sendiri telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga sekarang, mana rumah yang dibina?” soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini. Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO, apabila ditanya, bermacam-macam jawapan yang ada.
“Waktu diberi penerangan saya berpuas hati, tetapi bila lama kelamaan saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini,” ujarnya.Jelasnya lagi, kini beliau sendiri malu apabila ada yang bertanya di manakah dan apakah perkembangan projek tersebut.
“Tapi sekarang saya malu, orang tanya mana rumah, setahun setengah belum ada, sudah masuk dua tahun masih tidak ada
“Jadi saya minta Yang Amat Berhormat campur tangan, janji ditepati. Kita tidak mahu janji-janji menggunung tapi apa pun kita tidak buat
“Kita minta Kerajaan Persekutuan, kalau boleh apa yang perlu untuk Sabah dibagi kepada Sabah. Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu,” katanya. - FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan