Chester See akan datang Malaysia di konsert Birthday Invasion Hitz.fm | Boros Di Aralom

Ahad, 22 September 2013

Chester See akan datang Malaysia di konsert Birthday Invasion Hitz.fm

Hitz.fm bakal menyambut ulang tahunnya entah kali ke berapa. Kali ini, acara ulang tahun Hitz.fm akan dianjurkan dengan lebih meriah lagi dengan adanya konsert Hitz.fm Birthday Invasion dan dianjurkan bersempena pelancaran kereta baru Ford Fiesta.


Dalam konsert ini akan turut disertai artis popular antarabangsa yang juga merupakan bintang Youtube popular, Chester See, di samping artis tanahair seperti  Estranged, James Baum, They Will Kill Us All, K-Town Clan, Da Vagabonds, Joe Flizzow, Mizz Nina, Project E.A.R dan ramai lagi.

Nampaknya sambutan ulang tahun Hitz.fm kali ini bukan alang-alang. Jadi kepada sesiapa yang memang minat dengan event seperti ini, anda pergilah turut serta rasa kemeriahannya.

Dan lagi satu, saya nak bagitau yang Hitz.fm sedang buat kontest di Instagram. Pemenang akan mendapat hadiah berupa tiket VIP untuk masuk ke konsert tersebut. Apa kelebihan tiket VIP ini? hah, nak tengok muka Chester See secara dekat? atau nak duk kat bawah pentas tengok artis depan mata dengan jelas sampai nampak taik hidung artis tu? ambil lah tiket VIP. Nilai tiket VIP ini boleh cecah ratusan ringgit malah ada yang ribuan ringgit tau. Jadi kalau nak tiket VIP percuma, sila lah join kontest Hitz.fm di Instagram. Untuk informasi lebih lanjut, boleh kunjungi laman Facebook Hitz.fm ni.

P/s: alaa...jangan risau, kalau nak masuk konsert tu, percuma jer tapi kena berasak-asak lah...