Beli PC Intel Core processor atau Convertible Ultrabook dan menang Vespa LX 150 | Boros Di Aralom

Jumaat, 20 September 2013

Beli PC Intel Core processor atau Convertible Ultrabook dan menang Vespa LX 150

Intel telah mengeluarkan processor terbaru mereka iaitu Intel CORE i3, Intel CORE i5, dan Intel CORE i7. Processor dari Intel Core terbaru ini tentu lah lebih baik dari yang sebelumnya. Tambahan pula, teknologi skrin sentuh kini semakin meluas digunakan.

Bagi peminat permainan video, processor ini sememangnya kini lebih baik. Kalau nak main Pro Evolution Soccer, Snipers, dan sebagainya, memang lembut dan pantas. Dahulu biasanya pengguna gamers ini lebih memilih processor MD tapi dengan adanya Intel Core Processor terbaru ini maka tak perlu berdalih lagi. Dan sudah tentu Intel Core processor adalah pilihan ramai dalam bab-bab menaip dan melayari internet.

Dari segi keselamatan pula, Intel core processor ini memang dilengkapi dengan built in security seperti teknologi penjagaan identiti dan teknologi anti-pencuri.

Sebenarnya processor Intel Core terbaru ini ada banyak kelebihan berbanding sebelumnya. Jadi bagi pengguna processor Intel Core, anda digalakkan untuk upgrade processor anda itu. Boleh rujuk laman web Intel Core untuk informasi yang lebih lanjut.

Malah jika anda mengambil peluang awal sebelum 30 Disember ini untuk beli PC baru yang menggunakan Intel Core processor terbaru tu, anda berpeluang menang sebuah motosikal Vespa LX 150 yang serba antik dan memang stylo oldskool. 
Laman web Intel Core
Anda boleh pilih PC yang guna Intel Core atau beli Convertible Ultrabook untuk layak mengikuti kontest Vespa tu. Tentang harga pula, boleh layari laman web Intel Core untuk informasi lanjut dan kat mana nak beli.