Kepada pemilik blog kat luar sana tu, ini saya nak kongsi satu lagi platform pengiklanan yang memang terbaik. Selepas menempek kod iklan ini dalam blog selama 2 minggu, hasilnya dah dapat..dah masuk akaun Paypal pun. Dan yang paling best, dia bayar dalam mata wang USD..kalau convert kepada RM, memang banyak lah..dan yang buat saya lagi suka dengan platform ini ialah dia punya minimum cashout hanya USD5 dan dibayar dalam tempoh kurang dari 24jam selepas korang withdraw. Sebab itu saya syorkan korang terutamanya blogger untuk menempek iklan PopAds.
Nah..kat bawah ini saya nak tunjuk screenshot bukti pembayaran dari PopAds dalam tempoh 24jam.
Kelmarin saya request withdraw earning pada jam7.00 pagi dan hari ini masuk akaun Paypal jam4.00 pagi..Tak sampai 24jam duit dah masuk...alahai, tak banyak pun yang saya withdraw, USD5 jer...convert dengan RM, jadilah RM15...untuk 2minggu..blog saya ni bukannya tinggi sangat pun trafik. Pageviews sekitar 1000 jer sehari...2minggu dapat USD5 sebagai pendapatan pasif dah kira okay lah...
Saya saja try tempek kod iklan PopAds ini untuk mencuba selepas direkomen oleh rakan blogger RelevanSokmo kat facebook beberapa minggu yang lalu. Dan hasilnya, memang terbaik setakat ini. Dan bagi yang berstatus Gilatakreti Nuffnang tu, jangan risau, PopAds tak kan kacau status korang tu...in fact, PopAds jauh lagi bagus dari Nuffnang...Nuffnang semakin slow sekarang..kenapa yer? Ada pula yang cakap Nuffnang ni main kroni-kroni...hohoho..
Saya juga ada baca review orang lain mengenai PopAds ini, hanya satu jer kelemahan yang mereka kesan iaitu jumlah impression yang kurang tepat. Contohnya, kalau blog itu mempunyai traffik 20,000 sehari, mungkin impression yang dikira hanya 1000 jer. Tapi kan, iklan popads ini hanya akan muncul di blog apabila pengunjung mengklik mana-mana link dalam blog itu atau melayari lebih dari satu page dalam blog itu. Jadi kalau pengunjung hanya baca satu entri dan kemudian tekan 'x', maka tiadalah impression, tiadalah earning.
So, kalau korang berminat nak join PopAds, boleh terjah laman web mereka atau kelik pada banner kat atas tu... Platform ini masih baru tiga tahun beroperasi dan setakat ini memang super pantas membayar para blogger. Saya dah dapat bayaran, sebab itu saya syor kan kepada korang pula. Mana tau, korang akan dapat earning lebih gempak..