3 benda penting yang perlu pelajar dan pencari kerja ketahui mengenai Sector Focused Career Fair (SFCF) | Boros Di Aralom

Rabu, 23 Oktober 2013

3 benda penting yang perlu pelajar dan pencari kerja ketahui mengenai Sector Focused Career Fair (SFCF)

Setiap dari kita memiliki cita-cita dan impian, betul tak? Ada yang nak jadi pendidik, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi jurutera dan ada juga yang nak jadi usahawan. Semua itu terlalu umum dan ini lah yang menyebabkan ramai antara kita yang gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kita. Banyak yang hanya kenal sesebuah jenis perkerjaan itu secara umum sahaja dan masih tercari-cari lubuk mana yang paling sesuai dengan diri.

Jadi inilah salah satu perkara utama yang menjadi sasaran perlaksanaan Sector Focused Career (SFCF) ini dengan kerjasama syarikat-syarikat tempatan, iaitu membantu mendidik para pelajar dan graduan mengenai alam pekerjaan. Biar saya kongsikan 3 benda penting yang korang perlu tahu mengenani SFCF.
1. Mendidik dan membimbing.
Mereka akan memberi didikan atau bimbingan kepada para pelajar amnya dan juga para graduan yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minat mereka, mengenai kareer yang boleh mereka ceburi berdasarkan kelulusan dan minat dalam sektor-sektor yang ada di Malaysia ini seperti Minyak dan Gas, Elektronik & Elektrikal, IT, Telekomunikasi, Biotechnology, Kewangan, Akaun, Penjagaan kesihatan, Pelancongan, dan sebagainya.

2. Memberi pendedahan suasana sebanar alam pekerjaan.
Mereka juga akan memberi informasi dan bimbingan serta memberi peluang kepada para pelajar/graduan untuk merasa sendiri suasana alam pekerjaan dalam kareer yang mereka minati itu. Selain dari itu, mereka juga akan membawa tokoh khas dalam sesuatu bidang itu untuk berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada para pelajar/graduan yang hadir dalam pameran yang dianjurkan SFCF.




3. Temuduga on the spot.
Ya, mungkin inilah yang paling penting dan paling utama kepada tujuan penubuhan SFCF ini. Apabila mereka membuat pameran seperti yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam pada 12 & 13 November ini, para pengunjung terutamanya graduan yang sedang mencari pekerjaan akan berpeluang untuk menghadiri temuduga on the spot. Maksudnya mereka akan ditemuduga terus oleh bakal majikan dari syarikat-syarikat yang hadir dalam SFCF itu.

Kat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa pameran SFCF ini di Universiti Sains Malaysia dulu. Kredit gambar dari Vault of Camy.





Untuk perhatian semua terutama pelajar dan graduan, terdapat lebih 20 syarikat besar yang menyertai SFCF dan akan turut berada di setiap lokasi pameran. Antara syarikat tersebut ialah :
1. AEON
2. F&N
3. GSK
4. Kimberly Clark
5. L'Oreal
6. Nestle
7. Parkson
8. Amway Business Service Asia Pasific
9. AIG
10. Atos
11. Fuji Xerox Malaysia Sdn Bhd
12. HP Global Center
13. IBM Malaysia 
14. Shell BSC
15. Manulife
16. Shangri-La Group
17. Starwood Hotels and Resorts Group
18. Berjaya Corp.
19. Accor Hotels Group
20. Mamee-Double Decker (M) Bhd
21. QSR Brands

Dan banyak lagi. Pameran ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar dan lepasan graduan yang sedang mencari kerja, tetapi juga sangat sesuai untuk ibu bapa yang inginkan informasi lanjut dan terperinci mengenai dunia pekerjaan agar suatu masa nanti boleh lah mereka mendidik anak dari kecil mengenai hal tuju kareer yang sesuai dengan minat anak-anak mereka. 

Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Bila anda tahu apa minat anak anda, maka mudah lah bagi anda untuk merancang perjalanan akademik anak anda sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. 

SFCF bakal diadakan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam tidak lama lagi. Kalau korang nampak banner SFCF kat bawah ni, kelik saja untuk mendapatkan info lanjut ya.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...