(EDISI TUTORIAL) Bagaimana buat duit sambil melancong?..ini tips karut tapi berguna... | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 September 2013

(EDISI TUTORIAL) Bagaimana buat duit sambil melancong?..ini tips karut tapi berguna...

pergi melancong
Kini dengan adanya syarikat penerbangan serta pakej pelancongan yang murah maka banyak dari kita yang mampu untuk pergi melancong tak kira dalam atau luar negara. Namun, bagi sesetengah orang, melancong ini adalah sesuatu yang sukar dilakukan dek kerana kekurangan sumber kewangan yang kukuh. Ada juga yang kena tunggu sampai bersara baru dapat melancong. Jika anda tergolong dalam golongan yang memang bermimpi nak pergi melancong tapi kurang duit, jangan risau...di sini terdapat beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda. Malah boleh buat duit sambil melancong.


Tawarkan Khidmat Sebagai Pemandu Pelancong
Jika anda seorang arif mengenai sesebuah tempat, kenapa tidak anda tawarkan perkhidmatan anda sebagai seorang pemandu pelancong? Mungkin anda tak pernah ke Bali, tetapi anda tahu banyak mengenai Bali dengan membuat banyak kajian terhadap budaya dan sejarahnya, mungkin ramai kawan anda yang akan memerlukan khidmat anda itu.

Mohon Pekerjaan di Kapal Mewah
Ingin menikmati suasana percutian di kapal mewah, tapi kurang bajet? Mohon lah pekerjaan yang ditawarkan di dalam kapal mewah tersebut. Mungkin anda bertuah. Kapal mewah menawarkan banyak jenis pekerjaan seperti bartender, penjaga bayi, tukang bersih, penghibur, atau sebagai anak kapal.

Jadi Jurubahasa
Mungkin anda memiliki ramai kawan yang kurang fasih dalam bahasa tertentu. Contohnya bahasa Sepanyol. Jika anda fasih dan mahir menggunakan bahasa ini, ambil peluang ini bila rakan-rakan anda memerlukan penterjemah di luar negara. Ramai orang sanggup membayar jurubahasa untuk menemani mereka ke luar negara.

Jadi 'travel blogger/writer'
Jika anda pernah melancong ke sesebuah tempat sebelum ini, tulislah pengalaman anda tersebut di dalam sebuah jurnal. Berikan informasi yang tepat dan jujurlah dengan pendapat anda. Kemudian jual lah artikel anda itu di majalah atau surat khabar. Tempat pelancongan yang anda tulis itu mungkin hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari rumah anda. Tak kisah lah kan..


Demikian lah beberapa tips yang mungkin bisa membantu anda dan saya untuk melancong sambil buat duit kelak. Mungkin tips ini agak karut atau agak kuno tapi percayalah, ianya berbaloi untuk dicuba. Sekian untuk perkongsian.










Tiada ulasan: