Bekas pemain Chelsea yang kini terpaksa bertarung untuk ditempatkan dalam skuad utama Liverpool kerana masalah kecederaan menegaskan bahawa dia masih lagi mempunyai hak istimewa dalam kelabnya.
"Saya beruntung bermain untuk Liverpool dan punya hak-hak istimewa untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional," kata Cole dalam laman web liverpoolfc.tv.
"Hal terbaik yang dapat anda lakukan sebagai pemain adalah memastikan bahawa anda tidak mengambil begitu saja setiap hari kerana kehidupan bola sepak adalah sesuatu yang hebat. Tidak ada yang ingin diubah.
"Sudah agak kurang bagi saya musim ini tetapi bola sepak semuanya tentang pasang surut dan kadang-kadang anda hanya perlu ikut keadaan. Saya suma mencuba untuk berfikir positif dan meneruskan perjuangan semampu yang boleh"
"Saya menikmati bola sepak saya saat ini dan memastikan saya bekerja keras setiap hari dari saat saya datang ke kelab ini sehingga saat saya pergi kelak."
Cole juga gembira dengan pelantikan bekas jurulatih Chelsea, Steve Clarke. "Saya tidak berfikir anda akan menemui seorang pelatih yang lebih baik selain Steve Clarke," katanya. "Para pemain benar-benar menikmati latihan dan saya datang ke pejabat dengan senyum lebar di wajah saya setiap hari. Saya fikir semua pemain juga gembira dan anda boleh lihat kepada pencapaian semasa."
Perpindahan Andy Carroll ke Liverpool juga menggembirakan Cole. "Dia sangat mirip dengan Didier Drogba," kata Cole.
"Dia pemain yang baik dan saya fikir pasti sukar sekali untuk menemui dua pemain yang hebat di bulan Januari seperti Andy dan Luis Suarez." katanya lagi kepada liverpoolfc.tv.
1 ulasan:
hmm mungkin dah tiada tempat untuk cole ni, jual die lg bagus.untung2 hehe
Catat Ulasan