Kris Dayanti gemuk kerana bahagia | Boros Di Aralom

Sabtu, 9 April 2011

Kris Dayanti gemuk kerana bahagia

Memang agak kontroversi juga hubungan antara diva popular Indonesia, Krisdayanti (KD), dengan pasangannya, Raul , sejak dari mula perkenalan sampai lah ke pentas pelamin. Macam-macam gossip yang menimpa pasangan ini namun hubungan mereka jelas semakin kukuh. 
KD dan Raul. (Pic from okezone.com)
Menurut laman web okezone.com dari Indonesia, KD dengan Raul dikatakan semakin berisi selepas pernikahan mereka. Kakak KD, Yuni Shara berpendapat bahawa pasangan itu menjadi semakin berisi kerana hati yang bahagia.

"Saya lihat mereka gemuk dua-duanya. Mudah-mudahan Yanti menikmati hari-harinya setelah menikah. Rileks, makannya juga mulai banyak. Yanti itu minum saja bisa jadi daging. Saya lihat di tv kemarin, mereka happy, cukup senang," kata Yuni.

Selepas majlis persandingan hingga sekarang, KD masih lagi belum bertemu dengan Yuni. Sebagai kakak yang juga pernah merasa kebahagiaan selepas pernikahan, Yuni tahu bahawa adiknya itu kini sedang meniti detik manis dalam kehidupan rumah tangga.

"Saya dengar Yanti dan Raul lagi santai-santai liburan. Mungkin sedang honey moon kali ya," tambah Yuni lagi.

Pernikahan dengan Raul sememangnya telah menjadi impian KD dan tidak hairanlah kenapa sehingga kini KD masih lagi tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan kakaknya itu.


Trend Menarik Sekarang:- Take the Nestle Wellness Profiler Test today

2 ulasan:

Farhana Jafri berkata...

bhagia sgt smpai xd mse jmpe kakak?? pape pon smoga kekal la.. jgn c raul tu tgglkn dy sda~~ kang ad yg mnonggeng 10 hari 10 mlam~~

jemput singgah ANASAURUS :)

Hairun Azmi berkata...

Gemuk kuat makan tu...


Tips penjagaan gigi