Sering menggaru kepala kerana kutu? | Boros Di Aralom

Rabu, 20 April 2011

Sering menggaru kepala kerana kutu?

Yeah! gua balik kampung dah..tak lama pun, seminggu je. Maksudnya, blog sekupang ni pun terpaksa berehat seminggu. Hanya dapat update mungkin sekali je sehari. Tu pun kalau line GPRS bagus..huhu..kesian..

Ok la, berbalik pada tajuk entri kali ni. Gua nak crita sikit tips macam mana nak mengelakkan kepala dan rambut kita daripada dijangkiti kutu. Tips ni diperoleh daripada majalah Jelita edisi tahun yang sudah-sudah.

Kalau seseorang itu selalu menggaru kepala, kemungkinan besar dia sedang mengalami masalah banyak kutu.Err..geli kalau nampak kutu berjalan di celah rambut..eerr..kita kena ingat bahawa kutu ini boleh berjangkit melalui rambut ke rambut dan melalui perkongsian sikat. Bagaimanapun, kita boleh membebaskan diri dan keluarga atau teman-teman daripadanya melalui tips-tips berikut:-

1. Periksa rambut semua ahli keluarga atau teman-teman terdekat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Secara tidak langsung ia juga boleh mengeratkan lagi silaturahim.

2. Dapatkan nasihat doktor terutamanya jika ada ahli keluarga yang hamil, sedang menyusu, bermasalah alahan, lelah dan epilepsi sebelum menggunakan sebarang ubatan. Guna ubat racun kutu pun kena berpada-pada juga.

3. Semua bahan mematikan kutu adalah racun perosak dan jika anda membelinya di farmasi, ikut arahan dan peraturan serta berhati-hati. Membuang dan mematikan kutu dengan menariknya menggunakan sikat khas adalah paling selamat.

4. Pastikan anda sering menukar cadar di dalam bilik tidur.

5. Rendam sikat di dalam air panas kira-kira 10 minit sebelum menggunakannya.

Semoga dengan cara-cara ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti kutu ya. Bye bye kutu!


4 ulasan:

NURUL IZRA berkata...

artikel yg menarik..moga tip ni berguna...thnks for sharing da info..:)

Relevan berkata...

Bagus tips untuk kepala berkutu..saya zaman remaja dulu pernah menjadi kutu..suka merayap rapap atas soping komplek jer..

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

eikksss ... saya paling geli kutu. dengar perkataan kutu pun rasa kepala gatal hehehe

Hairun Azmi berkata...

Saya pernah main kutu bersam sama kawan saya....

Top 10 negara sihat