Lelaki bernama Dong Hai, 46, ini dikurung dalam penjara sempit (5kaki persegi) yang diperbuat daripada batu selama 30 tahun kerana menunjukkan simpton-simpton penyakit mental..atau bahasa kesat yang biasa kita panggil sebagai 'gila'..
Dong Hai termenung di dalam penjara batu sempit itu |
Dong Hai telah dikurung oleh ibu bapanya sendiri ketika dia masih remaja kerana takut Dong Hai akan mencederakan orang lain dek kerana masalah kesihatan mental yang dialaminya.
Ibu bapa Dong Hai, Dong Watou dan Xiao Hong yang berasal dari Wilayah Fujian, China, telah membina penjara batu tersebut di kawasan kebun mereka sekitar tahun 1983. Ketika itu, Dong Hai baru berusia 16 tahun.
Keadaan tempat tinggal Dong Hai yang sempit |
Dikatakan bahawa, Dong Hai telah dibawa oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital sehingga menghabiskan hampir kesemua wang mereka namun tiada siapa yang mampu menolong menyembuhkan penyakit mental tersebut.
Sehelai tuala diberikan kepada Dong Hao untuk membersihkan dirinya. |
Keputusan mengurung Dong Hai di penjara batu sempit tersebut merupakan satu keputusan paling sukar yang pernah dialami oleh ibu bapanya. Kini ibu bapa Dong Hai sudah berusia hampir 70 tahun dan mereka khuatir apakah yang akan berlaku kepada Dong Hai selepas mereka meninggal kelak. - Mirror UK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan