Tahniah Cardiff City kerana berjaya menumpaskan gergasi EPL, Manchester City, dengan keputusan 3-2 semalam dalam saingan Liga Perdana Inggeris...
Pengurus Cadiff City, Malky Mackay |
Kemenangan ini sememangnya membuatkan hidung pengurus Cardiff City, Malky Mackay, kembang sekembang kembangnya...I mean, bangga dan puas hati sebab anak-anak buahnya menunjukkan permainan yang sangat menarik ketika menentang City semalam.
Mulanya, Machester City yang membuka tirai jaringan terlebih awal pada minit ke-52 melalui penyerang sensasi mereka, Edin Dzeko. Namun kelebihan itu dipadam hanya 8 minit kemudia oleh Aron Gunnarsson. Hero Cardif City dalam perlawanan itu sudah pasti lah Fraizer Campbell yang berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke 79 dan minit ke 87. Jaringan kedua Manchester City oleh Alvaro Negredo pada minit-minit akhir perlawanan pula masih tidak cukup untuk mereka membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata..
Selepas dua perlawanan dalam saingan EPL, Cardiff dan Manchester City kini mengumpul jumlah mata yang sama.
"Cardiff deserve to win over Machester City"...katanya...
Gol....pemain Cardiff City merayakan gol mereka menentang Manchester City |
http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23744629
Tiada ulasan:
Catat Ulasan