(EDISI MERDEKA) Malaysia dulu hingga sekarang...Selamat Hari Kemerdekaan ke-56 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" | Boros Di Aralom

Sabtu, 31 Ogos 2013

(EDISI MERDEKA) Malaysia dulu hingga sekarang...Selamat Hari Kemerdekaan ke-56 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"

Hari ini satu lagi lembaran baru untuk negara kita Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Dengan tema "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku", mari kita sama-sama renungkan kembali perjalanan negara kita sejak mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 hingga sekarang.

Sejarah tercipta...
Keratan akhbar selepas Tanah Melayu diistiharkan kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka'
Acara menyambut kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka...laungan Merdeka...Merdeka...Merdeka diketuai oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Pasukan bola sepak Malaya 1958 (sumber)

Soh Chin Aun beraksi di Olimpik Munich
Pasukan bola sepak negara julung kalinya melayakkan diri ke Sukan Olimpic di Munich pada tahun 1972.

Pelancaran Proton Saga 1985
Kereta pertama negara iaitu Proton Saga dilancarakan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1985.

KLCC
Menara Berkembar Kuala Lumpur atau menara berkembar Petronas dibina pada tahun 1993 dan pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia.

Anak-anak Sidek...lagenda Badminton negara
Skuad Badminton lagenda yang lebih dikenali sebagai 'anak-anak Sidek' berjaya merangkul Piala Thomas pada tahun 1994.

Pendaki Gunung Everest menaikkan nama Malaysia
Pada 23 Mei 1997, dua wira Malaysia iaitu M. Magendren dan N. Mohandas telah berjaya menakluki Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter, gunung yang tertinggi di dunia. M. Magendran merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluki Gunung Everest yang terletak di Himalaya, dan di ikuti 15 minit kemudiannya oleh Mohanadas Nagappan. (sumber

Litar Sepang
Litar Antarabangsa Sepang mula dibuka pada tahun 7 Mac 1999 dan berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One .

Skuad Harimau Malaya memang Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia memenangi AFF Piala Suzuki pada tahun 2010.

Sebenarnya masih banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini tak kira lah dari dalam atau luar negara. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 dan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 50... marilah sama-sama kita pelihara negara kita Malaysia yang tercinta agar sentiasa aman damai sejahtera..."Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"...

Logo Hari Merdeka ke-56


Tiada ulasan: